KOTA KINABALU: ADUN daripada pembangkang akan dilibatkan dalam sesi libat urus memurnikan senarai Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau telah mengarahkan Sekretariat Sabah Maju Jaya untuk tujuan berkenaan.
“Dalam usaha bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar Negeri Sabah, saya telah mengarahkan Sekretariat Sabah Maju Jaya untuk mengadakan satu sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan Kerajaan pada 28 November ini.
“Ia bertujuan untuk memurnikan senarai Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah dikenal pasti dan layak di kawasan masing-masing bagi mendapatkan intervensi bantuan, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Tungku dalam ucapan pengulungan Ketua Menteri Bersempena Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang DUN Sabah, di Kota Kinabalu, pada Rabu.
Deasoka