KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mendedahkan kerajaan menyerahkan sepenuhnya pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan seterusnya berhubung isu dakwaan skandal rasuah mineral galian baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya pada sama tidak dapat mengulas lanjut berhubung isu tersebut memandangkan kes berkenaan sedang disiasat oleh pihak berwajib.
“Saya juga ingin menyentuh sedikit berhubung isu yang hangat diperkatakan mengenai pengurusan mineral.
“Laporan berkaitan perkara tersebut telah pun diserahkan oleh pihak SMM kepada pihak berwajib” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Merotai dalam ucapan pengulungan Ketua Menteri Bersempena Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang DUN Sabah, di Kota Kinabalu, pada Rabu.
Hajiji dalam masa sama turut menjelaskan bahawa pihaknya memberi jaminan bahawa Sabah Mineral Management (SMM) yang baharu akan dikendalkkan secara good governance.
“Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, saya ingin memberi jaminan bahawa pengurusan pentadbiran baharu SMM adalah teratur dan mengikut tadbir urus yang baik (good governance).
“Semua pertimbangan dan kelulusan diputuskan melalui Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.
Untuk rekod, isu skandal rasuah melibatkan adun-adun sabah itu tular berikutan pendedahan daripada sebuah portal berita sejak dua minggu lalu.
Beberapa siri percakapan telah dilakukan oleh SPRM dan terbaru, Bekas Ceo Sabah Mineral Management (SMM) telah dipanggil SPRM Sabah berhubung isu itu, hari ini.
Deasoka