KOTA KINABALU: Sawit Kinabalu melalui subsidiari Kunak Lipids Sdn Bhd menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MOU) bersama syarikat berpangkalan dari Shanghai, China iaitu Boce Trade Service Company Ltd untuk menghasilkan produk daripada sisa sawit dan penghasilan vitamen-E, Tocotrienol.
Upacara menyaksikan MOU berkenaan disaksikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin di Shangri-la Pudong Shanghai, pada Khamis lalu.
Sawit Kinabalu menerusi Kunak Lipids Sdn Bhd terdahulu berharap dengan adanya aku janji berkenaan mampu memberikan impak positif kepada proses pembuatan bahan sisa buangan sawit selain mempelbagaikan kemampuan dan produktiviti seperti penghasilan vitamen-E, Tocotrienol.
Pengeluaran berskala besar itu dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan dengan ianya sejajar visi kerajaan untuk memupuk kelestarian ekonomi dan alam sekitar di Sabah.
Untuk rekod, Kunak Lipids Sdn Bhd merupakan syarikat di Malaysia yang terlibat dengan penghasilan Tocotrienol melalui pengekstrakan sisa minyak sawit secara besar-besaran.
Dalam kunjungan ke Shanghai bermula 9 hingga 14 Jun lalu, kumpulan Sawit Kinabalu termasuk barisan pengurusan dan ahli lembaga pengarah mengadakan pertemuan bersama pihak pengedar dan pengeluar berpotensi di negara berkenaan untuk terlibat dengan penghasilan bahan sisa sawit seperti tocotrienol dan lain-lain produk berasaskan sawit.
Deasoka