Sabah manfaat impak positif daripada pembangunan industri minyak dan gas

Sabah manfaat impak positif daripada pembangunan industri minyak dan gas

KOTA KINABALU: Sabah dijangka terus menerima impak positif ekuiti signifikan dengan pembangunan industri minyak dan gas menerusi perjanjian kolobrasi komersial (CCA) dengan Petronas yang dimeterai sejak tahun 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kejayaan berkenaan menyaksikan Sabah berhasil memperolehi ekuiti sebanyak 50 peratus di Lapangan Minyak dan Gas Semarang, 25 peratus di SAMUR Petrochemical Plant, ZLNG Sipitang (25 peratus dan Petronas LNG9 (10 peratus).

“Dengan pemeteraian Commercial Collaboration Agreement (CCA) dengan Petronas pada Disember 2021, kita telah memperoleh penyertaan yang lebih besar dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupan Perhimpunan Agung Tahunan (PAR) kedua PGRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, hari ini.Untuk rekod, Petronas juga telah membayar cukai jualan sebanyak lima peratus kepada Sabah sejak tahun 2021.

Sementara itu, Hajiji pada masa sama menjelaskan Kerajaan Negeri sentiasa konsisten mencari pelbagai kaedah baharu bagi menyokong ekonomi sedia ada termasuklah penerokaan potensi ekonomi biru berasaskan bentuk muka bumi serta kedudukan strategik Sabah di antara Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes.

“Kerajaan Negeri bertekad menerokai potensi Ekonomi Biru atau Blue Economy, iaitu sumber baharu dalam pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan khazanah laut yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui, serta lain-lain produk industri yang boleh diperolehi daripadanya.

“Kedudukan Sabah yang luarbiasa strategik; dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes,” katanya lagi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|