RM30.6 juta untuk asnaf Labuan

RM30.6 juta untuk asnaf Labuan

LABUAN: Sebanyak RM30.6 juta telah diperuntukkan untuk disalurkan kepada 5,406 ketua keluarga asnaf menerusi Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na’im Mokthar, peruntukkan berkenaan adalah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Jelasnya, bagi empat bulan pertama tahun ini, MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM10.7 juta di bawah skim terbabit.

Manakala untuk setakat April lalu, pihaknya telah memperuntukkan dana sebanyak RM2.1 juta bagi membabitkan 26 penerima zakat di bawah skim pembinaan dan pembaikan perumahan.

“Kita bukan sahaja fokus kepada agihan bantuan wang tunai namun kita juga menyediakan bantuan menerusi pelbagai kategori pelindungan.

“Kategori dimaksudkan adalah seperti bantuan untuk pembinaan dan pembaikkan perumahan, bantuan deposit sewa dan bantuan deposit pembelian rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Pada Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Madani di Perkarangan Medan Selera, Labuan, Ahad lalu.

Turut hadir adalah Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat, Datuk Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|