KOTA KINABALU: Tiga lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Tanjung Lipat, Likas, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta jenis Toyota Camry dinaiki dengan bantuan bomba dan orang awam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa tersepit.
“Terdapat tiga orang mangsa lelaki mengalami kecederaan di tempat kejadian dengan mangsa pertama berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
“Manakala dua lagi mangsa telah tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
“Dua Mangsa tersebut telah dihantar oleh pihak KKM dan seorang mangsa telah dihantar oleh Unit EMRS.
“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 6 pagi, ” katanya.
Deasoka