Polis, masyarakat perlu berkerjasama rapat

Polis, masyarakat perlu berkerjasama rapat

LAHAD DATU: ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’ itulah matlamat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendekati dan mendengar aduan orang ramai seterusnya membuat tindakan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata program untuk mendekati masyarakat perlu diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan maklumat serta mewujudkan kerjasama erat di peringkat komuniti.

“Program ini kita adakan, kami sendiri yang turun ke kawasan orang ramai iaitu di pasar minggu ini selain dapat beramah mesra, kami juga sediakan perkhidmatan dan tawaran seperti semakan saman serta diskaun saman trafik,”

“Selain itu kami juga sediakan kaunter pendaftaran VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) yang mana VSP adalah Projek Perluasan Program Rakan Cop. tanggungjawab bersama PDRM dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan Program PDRM Bersama Masyarakat hari ini.

Dalam pada itu beliau memberitahu kawalan keselamatan dan rondaan di kawasan taman-taman perumahan juga semakin ditingkatkan.

“Peti polis biasa diletak di rumah orang kenamaan atau VIP tapi kali ni kita letak di rumah-rumah orang biasa juga,” katanya.

Hadir sama dalam program itu pegawai-pegawai dari semua bahagian polis IPD Lahad Datu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|