Dua maut, seorang parah cuba lari dari polis semasa berlumba haram

Dua maut, seorang parah cuba lari dari polis semasa berlumba haram

SANDAKAN : Tindakan berani cuba lari dari operasi polis mengundang padah apabila dua lelaki meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah ketika sedang berlumba haram.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu ketiga-tiga mereka adalah penunggang motosikal.

“ Dua orang yang maut berusia 22 tahun manakala seorang yang parah berusia 24 tahun, mereka berlumba dan apabila sedar ada operasi mereka cuba larikan diri akhirnya bertembung sesama mereka,” katanya.

Beliau memberitahu Operasi Samseng Jalanan IPD Sandakan itu bermula pukul 3.00 petang semalam sehingga 2.00 pagi tadi melibatkan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Pengangkutan Trafik IPD Sandakan bertempat di Batu 16, Jalan Kuari Gum-Gum.

“Sebanyak 105 buat kenderaan diperiksa, hasil dari operasi sebanyak 76 kenderaan disita 60 buah motorsikal dan 16 lagi kereta di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan Raya untuk semakan dan siasatan lanjut, 31 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, dan 5 orang positif dadah jenis Ketamin dan Ganja,” ujarnya.

Abdul Fuad berkata operasi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan aktiviti lumba haram dan menguji kelajuan di atas jalan raya dapat dibenteras demi kesejahteraan orang awam yang menggunakan jalan raya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|