Pewartaan Hari Sabah buktikan Kerajaan GRS-PH Plus angkat wadah patrionisme: PERSANTUN

Pewartaan Hari Sabah buktikan Kerajaan GRS-PH Plus angkat wadah patrionisme: PERSANTUN

KOTA KINABALU: Penetapan 31 Ogos sebagai Hari Sabah yang sudah diwartakan oleh kerajaan hari ini telah memberi indikasi Kerajaan GRS-PH Plus sentiasa memartabat hak rakyat Sabah.

Presiden Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, ini sekaligus membuktikan GRS-PH gigih bekerja demi memastikan keistimewaan negeri terus dibela.

Jelas beliau, di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sejarah kemerdekaan Sabah telah dimartabatkan melalui perwartaan berkenaan selepas mengambil kira kepentingan utama pengisytiharan hari bernostalgia kepada semua rakyat di negeri ini.

“Bagi pihak kami, pengisytiharan tersebut bukan sahaja menandakan 31 Ogow itu sebagai tarikh penting kepada rakyat di negeri ini malah setelah diwartakan, ianya dapat dilihat sebagai satu simbolik penting betapa seriusnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji mengangkatnya sebagai wadah patrionisme.

“Malah, di sebalik kecaman, hasutan, dakwaan daripada pelbagai pihak terhadap prestasi kerajaan…beliau (Hajiji) dalam senyap-senyap sentiasa tekun bekerja dan pengisytiharan ini merupakan salah satu buktinya.

“Kerajaan di Sabah ini sudah beberapa kali bertukar ganti, namun seperti umum mengetahuinya, tidak ada pun yang berani mewartakan hari bersejarah kita sebagai tarikh untuk diperingati dan dimasukkan dalam kalendar tahunan, kita perlu menghargai jasa baik Kerajaan GRS-PH Plus kerana berjaya dalam hal ini, ” katanya.

Untuk rekod, 31 Ogos telah diwartakan sebagai Hari Sabah dan diputuskan oleh kerajaan pada 5 Jun lalu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|