KOTA KINABALU: Penyertaan Parti Cinta Sabah (PCS) ke dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan manifestasi komitmen parti-parti tempatan dalam memperjuangkan hak-hak negeri itu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jelas Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, Semua parti tempatan termasuk rakyat di negeri itu perlu bersatu bukan sahaja untuk menuntut hak 40 peratus hasil negeri tersebut, bahkan termasuk hak-hak lain yang berkaitan.
“Rasionalnya sangat mudah (pernyertaan PCS ke dalam GRS).
“Rakyat Sabah patut bersatu dan menuntut hak 40 peratus kita. Bukan sahaja hak 40 peratus bahkan semua hak yang terkandung dalam perlembagaan.
“Jadi, ianya nampak baik jika semua pihak bersatu dan berkata ini bukan tanggungjawab anda seorang, ini tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam pelancaran New Plus Improved Shell Fuelsave Diesel di Kota Kinabalu, kelmarin.
Pada masa yang sama, Masidi turut menafikan desas desus mengenai rungutan sesetengah parti komponen GRS yang menolak kemasukan PCS ke dalam gabungan tersebut.
Deasoka