Pelantikan Anna Bell bukti kerajaan iktiraf sumbangan wanita

Pelantikan Anna Bell bukti kerajaan iktiraf sumbangan wanita

KOTA KINABALU: Pelantikan Senator Anna Bell @ Suzieana Perian sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) membukti pengiktirafan Kerajaan terhadap sumbangan wanita selaku tonggak pembangunan negeri dan negara.

Exco Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Hasrina Wati Golkhan berkata, Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiktiraf perjuangan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri dan negara.

“Pelantikan Senator Anna Bell bukan sahaja usaha kerajaan bagi mengupayakan wanita malah memperkasakan wanita agar isu-isu berkaitan wanita dapat ditangani dengan lebih berkesan”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita PGRS Usukan dan Ketua Penyelaras Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Usukan mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Negeri, Datuk Redonah Bahanda yang terus mengangkat wanita selaku inspirasi pembangunan negara tanpa mengira latar belakang mahupun bangsa.

Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Anna Bell @ Suzieana Perian mengangkat sumpah sebagai Senator pada 5 Mac 2024 bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Bobbey Ah Fang Suan dan bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak, Pele Peter Tinggom.

Anna Bell mengganti tempat Datuk John Ambrose.

Manakala Bobbey dilantik semula untuk penggal kedua.

Pelantikan Anna Bell yang menggantikan tempat Datuk John Ambrose dan Pele merupakan lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hingga 4 Mac 2027, manakala Bobbey adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah juga hingga 4 Jan 2027.

Semua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal di Dewan Negara, Kuala Lumpur.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|