Pelajar IPT Sabah dapat subsidi tiket penerbangan RM600 seorang secara one-off: Hajiji

Pelajar IPT Sabah dapat subsidi tiket penerbangan RM600 seorang secara one-off: Hajiji

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung di sini pada Isnin.

Katanya, bantuan khas one off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|