Maritim Tawau gagal cubaan seludup barang kawalan

Maritim Tawau gagal cubaan seludup barang kawalan

TAWAU: Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup pelbagai barangan kawalan ke negara jiran akhirnya membawa padah apabila dia diberkas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau,semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP PLUTO TIMUR dan OP TIRIS telah berjaya mengesan sebuah bot kargo mencurigakan bergerak keluar dari Perairan Tanjung Batu menuju ke Perairan Pulau Sebatik.

Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Sungai Pukol itu mendapati seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun bertindak selaku juragan bot mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin dan muatan dengan anggaran nilai RM24 ribu ditahan untuk siasatan lanjut.

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bot mendapati bot tersebut membawa muatan 48 kilogram gula pasir paket, 34 kilogram minyak masak paket, 2 tong gas LPG berisi dan tiga gelen minyak petrol anggaran 90 liter tanpa sebarang permit yang sah.

Bot kargo, muatan serta juragan bot terbabit seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak memiliki permit.

Shahrizan berkata, pihaknya akan terus melaksanakan penguatkuasaan tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa berikutan modus operandi pengusaha membawa muatan secara berulang diambil kira.

Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin dan muatan dengan anggaran nilai RM24 ribu ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|