Komitmen KTC pada program amal berbuka puasa contoh kepada syarikat korporat lain

Komitmen KTC pada program amal berbuka puasa contoh kepada syarikat korporat lain

KOTA KINABALU : Pembabitan syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) sempena Program Amal Berbuka Puasa sepanjang bulan Ramadan menunjukkan komitmennya membantu golongan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, langkah ini selaras dengan visi dan misi syarikatnya bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi memastikan lebih ramai dapat dibantu di sepanjang bulan ramadan ini.

Katanya, beliau ingin melihat syarikat korporat lain selepas ini tampil bersama-sama turut membantu masyarakat yang memerlukan khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita akan jelajah lagi 17 lokasi berbuka puasa di seluruh negeri ini. Di lokasi lain kita melihat sambutan kepada program ini sangat menggalakkan.

“Ini merupakan peluang serta ruang bagi syarikat lain terlibat bersama-sama membantu bagi memperluaskan lagi bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada program majlis berbuka puasa si Masjid Nurul Hikmah bukit padang di sini hari ini.

Dexter berkata, dalam kesempatan ini juga ruang kepada semua untuk meletakkan ketepi soal fahaman politik sekali gus memberi fokus kepada soal membantu mereka yang memerlukan.

“Saya sangat tersentuh ada kalangan penerima menitiskan air mata ketika menerima bantuan daripada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini akan meringankan beban mereka ketika mengharungi bulan ramadan serta dalam suasana menyambut hari raya yang bakal tiba,” jelas Dexter.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|