Ketua Menteri terima kunjungan hormat MB Perak

Ketua Menteri terima kunjungan hormat MB Perak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Saarani berada di Sabah bagi menghadiri program Perak Sejahtera 2023: State Leadership Retreat 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 5 hingga 6 Mac 2024.

Rombongan Saarani terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki Mahyudin dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yus.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|