KOTA KINABALU: Kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggangap kolobrasi antara BN dan PH Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai ujian Makmal Politik adalah satu anggapan meremeh sentimen pengundi di negeri ini.
Presiden Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, ungkapan itu dilihat boleh menguris rakyat Sabah yang dilabel sekadar sebagai alat ujian sahaja.
“Kita menghormati keputusan beliau yang mahu melihat gabungan PH dan BN di Sabah, namun begitu kenapa mahu keluar kenyataan kolobrasi PH/BN adalah sebagai makmal politik?
“Bukankah ia seolah merendahkan pengundi, rakyat Sabah yang membawa maksud jika ada makmal, jadi perlu ada bahan kajian, bahan uji.
“Saya kira pengundi di Sabah bukanlah begitu bodoh untuk menuruti kemahuan mereka, ” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataannya baru-baru ini menegaskan kerjasama PH dan BN di Sabah adalah sebagai medan ujian kepada kedua parti yang membentuk kerajaan perpaduan itu dalam mengharungi pilihan raya akan datang.
Jelasnya, ia diambil kira selepas Pedana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat saranan supaya kerjasama PH BN diteruskan sehingga pilihan raya seterusnya.
Sementara itu, Najib Tay pada sama menggangap kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung isu Langkah Kinabalu dalam siri jelajah kempen mereka di Sabah baru-baru ini adalah sebagai satu usaha menegakkan benang yang basah.
“Kita amati, ada beberapa kenyataan beliau menghentam kerajaan GRS-PH Plus tetapi beliau lupa, pihaknya telah menarik sokongan dan mereka terkeluar sendiri daripada kerajaan GRS.
“Langkah kudeta yang mereka lakukan umum mengetahui mengapa, adalah tidak lain tidak bukan cita-cita menjadi Ketua Menteri itu sahaja,” katanya lagi.
Deasoka