Hajiji pengerusikan Mesyuarat AMT PGRS

Hajiji pengerusikan Mesyuarat AMT PGRS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) dekat sini pada Isnin.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden iaitu Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis Negeri, Emmie Martin Idang.

Hadir sama Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Bendahari Agung, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar dan Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2024 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2024 di SICC.

Persidangan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis akan dirasmikan oleh Masidi pada 9 November 2024.

Manakala Persidangan Agung Tahunan Induk akan diadakan pada 10 November 2024 yang akan dirasmikan oleh Hajiji.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|