KOTA KINABALU: Pengumuman Peruntukan Khas Interim untuk Sabah dan Sarawak yang dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta tahun ini dilihat sebagai hadiah istimewa kepada rakyat kedua-dua negeri Kepulauan Borneo itu.
Presiden Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, ia sekaligus menandakan keperihatinan kerajaan perpaduan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri peka terhadap permintaan kerajaan negeri Sabah.
Jelasnya, meskipun tuntutan 40 peratus masih di peringkat perbincangan di tahap kepimpinan tertinggi, beliau berkata, tambahan peruntukan khas tersebut secara jelas memperlihatkan Kerajaan GRS-PH Plus di Sabah berada dalam landasan tepat kepada membangunkan negeri.
“Tahniah saya ucapkan kepada pucuk pimpinan Kerajaan GRS-PH Plus di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri dan terima kasih kepada PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telus menghargai serta memahami masalah rakyat di negeri kita.
“Saya berharap, dengan peruntukan khas interim ini, Sabah dapatlah ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat yang terus dapat pembelaan, “katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang media bersempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini menjelaskan peruntukkan tersebut terkandung dalam perkara 122D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu akan bermula pada tahun depan.
Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan adalah PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Johari Tun Openg.
Sementara itu, Najib Tay berkata, pihaknya turut berharap supaya kejayaan penambahan peruntukan khas terbabit dapat menutup mulut pengkritik kerajaan yang selama ini menggangap GRS-PH Plus hanya berdiam diri dalam menuntut hak-hak yang termaktub dalam MA63.
“Saya juga pada masa yang sama berharap dengan pengumuman ini dapat membuka mata mana-mana pihak yang sentiasa menghentam kerajaan yang kononnya tidak berbuat apa-apa dan hanya mengikut telunjuk pihak Persekutuan sahaja.
“Inilah menunjukkan Kerajaan GRS-PH Plus di Sabah amat serasi dengan pihak Kerajaan Persekutuan yang mana tuntutan ini adalah berdasarkan merit manakala ada yang tertangguh masih dibincang secara terperinci seperti perkara tuntutan 40 peratus.
“Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hajiji dan kepimpinan kerajaan negeri kerana sentiasa bertungkus lumus mempertahankan serta berjuang demi kesinambungan hak rakyat Sabah tanpa mengambil kira kritikan-kritikan di luar sana, ” katanya.
Deasoka