Azis Jamman diminta cermin diri: Nizam

Azis Jamman diminta cermin diri: Nizam

KOTA KINABALU: Tindakan Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Azis Jamman yang disifatkan enggan beralah dan menjadikan kenyataan Ketua Menteri berhubung isu kelulusan biasiswa anaknya mencerminkan diri sebenar ahli politik pembangkang itu.

Ketua Penerangan PGRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, beliau memperingatkan tingkah laku mantan ahli parlimen Sepanggar tersebut turut dilihat bersifat angkuh kerana sering menghina Ketua Menteri.

Menurut beliau, Azis sepatutnya berhenti menggunakan kenyataan Datuk Seri Hajiji Noor yang terdahulu mendedahkan isu biasiswa berkenaan sebagai modal politik dan bersyukur menerima bantuan terbabit.

“Membaca kenyataan Azis Jamman berkenaan isu biasiswa anak beliau, ia membuktikan beliau sering bersangka buruk dan sentiasa mencari jalan untuk mencemarkan imej Ketua Menteri Sabah.

“Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapannya memberikan contoh bahawa beliau sentiasa adil dalam memberikan bantuan kepada sesiapa yang memohon pertolongan, tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

“Sikap Azis Jamman yang mengambil kenyataan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai modal politik mencerminkan diri sebenar Azis yang tidak tahu bersyukur serta berterima kasih malah Azis dengan angkuh menghentam dan menghina Ketua Menteri yang berniat baik untuk membantu anaknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nizam berkata, pihaknya berharap rakyat Sabah dapat menilai keperibadian politik yang dimainkan oleh pihak pembangkang terutamanya WARISAN lebih-lebih isu mengaitkan dengan Azis.

Terdahulu, isu biasiswa timbul susulan pendedahan oleh Hajiji di Tuaran baru-baru ini berhubung sikap pemimpin pembangkang yang membutakan mata terhadap kepimpinan sedia ada menguruskan pentadbiran kerajaan.

Jelas Ketua Menteri, Azis turut diselar kerana sikapnya yang agak keterlaluan namun oleh kerana memikirkan kebajikan anak-anak Sabah, beliau terbuka untuk membantu memberi kelulusan biasiswa tanpa mengira bendera politik.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|