KOTA KINABALU: Penguatkuasa Jabatan Air Sabah (JANS) semalam memotong 24 sambungan paip haram oleh penghuni setinggan di Kampung Suang Parai, Sepanggar.
Sambungan paip haram secara terus dari paip utama JANS berhampiran kampung itu dikenal pasti antara punca gangguan bekalan air kepada pengguna berdaftar di sekitar Sepanggar.
Pemantauan dan operasi akan diperhebatkan dari semasa ke semasa.
Deasoka