Hajiji terima kunjungan Presiden CUEPACS

Hajiji terima kunjungan Presiden CUEPACS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato Dr Adnan Mat di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Antara yang dibincangkan dalam pertamuan itu ialah mengenai isu kenaikan gaji penjawam awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain mengenai isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk penjawat awam.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Kewangan CUEPACS, Anuar Mamat, Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin, Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Murkam Hussien dan Setiausaha Agung KGKS, Riduan Mohd Yassin.

Dr Adnan berada di Sabah atas lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Kiulu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|