Hajiji hadiri Majlis Rumah Terbuka IPK Sabah

Hajiji hadiri Majlis Rumah Terbuka IPK Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan pada Jumaat.

Yang di-Pertua Negeri , Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M.Jasni diiringi oleh Hajiji, Juliah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun turut menyantuni gerai-gerai juadah.

Selain jamuan Aidilfitri, majlis itu yang dihadiri oleh warga PDRM dan keluarga mereka turut diserikan dengan persembahan hiburan oleh Kombo PDRM, artis-artis tempat dan keluarga Istana Negeri.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Christina Liew, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Arif, Timbalan Speaker DUN, Datuk Al-Hambra Tun Juhar, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan kenamaan lain.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|