Perubahan had laju Jalan Lintas kerana ada simpang U dan susur keluar/masuk: Shahelmey

Perubahan had laju Jalan Lintas kerana ada simpang U dan susur keluar/masuk: Shahelmey

KOTA KINABALU: Perubahan had laju dari 80 km/j ke 60 km/j di Jalan Lintas (berdekatan Lintas Plaza dan Klinik Kesihatan Luyang) adalah disebabkan oleh terdapat persimpangan U bertingkat dan susur keluar/masuk di jalan tersebut.


Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, ini merupakan antara langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di laluan berkenaan.


“Bagi jalan dari arah KKIA ke Inanam, had laju 60km/j diguna pakai di sepanjang lebih kurang 870m bermula dari persimpangan isyarat Lido dan berakhir sebelum persimpangan isyarat Jalan Kolam/Damai.


“Manakala dari arah Inanam ke KKIA, had laju 60km/j diguna pakai sepanjang lebih kurang 950m bermula dari persimpangan isyarat Jalan Kolam/Damai dan berakhir sebelum persimpangan isyarat Lido.


“Selain daripada persimpangan isyarat yang disebut diatas, had laju 80km/j masih diguna pakai di Jalan Lintas yang direka bentuk dengan had kelajuan 80km/j berpandukan kepada Piawaan Jabatan Kerja Raya Sabah,” katanya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dalam satu kenyataan media, hari ini.


Jelas beliau, papan tanda jalan yang menyatakan had laju jalan di jalan tersebut telah didirikan semenjak persimpangan U bertingkat di Jalan Lintas dibuka kepada orang awam iaitu pada Januari tahun lalu.


“Orang ramai dianasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan peka dengan arahan papan tanda jalan yang telah diletakkan di bahu-bahu jalan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|