Hajiji hadir Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKM

Hajiji hadir Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Jabatan Ketua Menteri 2018-2023 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima untuk tahun 2018 hingga 2023.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Terdahulu, Safar dalam ucapannya berkata kerajaan negeri sentiasa komited dan mengiktiraf budaya kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam dengan menyediakan pelbagai anugerah.

“Saya berharap pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk terus proaktif dan produktif dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan seterusya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga yang lain,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan awam adalah tulang belakang kepada negara, justeru menjadi tanggungjawab semua untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Pada zaman yang serba pantas ini, keinginan dan kehendak rakyat menuntut perubahan dalam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan.

“Bagi memenuhi kehendak rakyat ini, kita mestilah sentiasa berpandangan jauh ke hadapan untuk memastikan penjawat awam terus kekal relevan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat bagi mendukung gagasan Malaysia Madani serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 125 orang warga cemerlang Jabatan Ketua Menteri daripada 15 Pejabat, Bahagian dan Unit setelah ditapis serta dinilai sumbangan mereka, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Ketua Menteri bagi tahun 2018 hingga 2023.

Manakala seramai 39 orang lagi menerima Anugerah Khas bagi tahun 2021 hingga 2023.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|