ADUN Kunak timbang ambil tindakan undang-undang kepada penyebar video fitnah: Bahri Lakile

ADUN Kunak timbang ambil tindakan undang-undang kepada penyebar video fitnah: Bahri Lakile

KUNAK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Norazlinah Arif mempertimbangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasilkan serta menyebarkan video berunsur fitnah tular di laman sosial media malam tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Kunak, Bahri Lakile berkata ini bertujuan bagi melindungi reputasi dan kredibilitinya Norazlinah Arif selaku Wakil Rakyat.

Katanya, semalam sedang beredar satu klip video yang mendakyah seolah-olah Datuk Norazlinah Arif terlibat dengan satu salahlaku memalsukan dokumen sekali gus sedang dijejaki oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam klip video tersebut memaparkan kononnya Norazlinah Arif terlibat memalsukan dokumen berbentuk lesen PUKONSA bagi melaksanakan kerja-kerja kontrak melalui peruntukan ADUN.

“Saya melihat bahawa tuduhan tersebut sangat jelas tidak berasas serta berniat jahat berdasarkan beberapa perkara seperti semua peruntukan kerajaan negeri Sabah adalah diuruskan melalui Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bahri berkata, dalam Jawatankuasa Pejabat Daerah tiada penglibatan ADUN Kunak bagi kendalikan Sebut Harga, Penilai dam Pemutus untuk melantik kontraktor.

“Hasil semakan awal mendapati salinan lesen yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah disahkan benar oleh Pejabat Daerah Kunak.

“Wakil Rakyat Kunak, tidak mempunyai sebarang kepentingan atau kaitan dengan pemilikan lesen yang dimaksudkan.

“Saya yakin dan ingin menegaskan kandungan serta penyebaran video tersebut adalah tidak berasas sekali gus berniat jahat bertujuan menjatuhkan reputasi dan kredibilitinya sebagai wakil rakyat Kunak,” jelas Bahri.

Beliau menjelaskan, sekiranyanya terdapat sebarang perlanggaran syarat serta kesalahan dalam urusan tersebut ia sepatutnya dirujuk kepada Pejabat Daerah Kunak yang menerima serta mengesahkan salinan lesen yang dimaksudkan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|