Hajiji beri penghormatan terakhir kepada mendiang isteri Timb Speaker

Hajiji beri penghormatan terakhir kepada mendiang isteri Timb Speaker

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Helen Tseu Yun Tzu, isteri kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Richard Yong di Fook Lu Siew Funeral Parlour, Jalan Tuaran pada Khamis.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Isteri Timbalan Speaker DUN Sabah itu meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|