Fahmi Reza jangan buat onar, tidak puas hati sila tanding PRN Sabah: PERSANTUN

Fahmi Reza jangan buat onar, tidak puas hati sila tanding PRN Sabah: PERSANTUN

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan aktivis kontroversi, Fahmi Reza yang datang ke Sabah untuk membuat ‘onar’ baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Najib Tay Abdullah berkata, individu berkenaan amat melampaui batas dan berpendapat sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Katanya, faktor kebebasan bersuara yang diperjuangkan Fahmi itu disifatkan berat sebelah dan pihaknya juga mencadangkan supaya beliau meminta maaf kepada rakyat Sabah atas tindakan biadapnya.

“Datang ke Sabah konon mahu menunjuk dia hero, dia ingat dia siapa?

“Kalau tidak berpuas hati terhadap keadaan politik semasa di Sabah, ada baik dia masuk bertanding dalam pilihan raya, jangan datang sini buat kacau…orang Sabah orang bertolenransi, jangan melampau, “katanya.

Semalam, Fahmi dikatakan melakukan provokasi dengan memuat naik statusnya di media sosial yang mana beliau sudah di Sabah dengan memegang sepanduk karikatur berunsur penghinaan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) baharu Sabah, Tun Musa Aman.

Tidak cukup dengan itu, aktivis berkenaan kemudiannya bertindak melukis moral karikatur yang sama di sebuah lokasi dipercayai di Kota Kinabalu, namun telah dipadamkan pihak berkuasa beberapa jam kemudian.

“Sudah-sudahlah datang ke Sabah buat onar, jangan keterlaluan.

“Pihak berkuasa tolonglah, jangan biarkan orang jijik begini ganggu kententeraman awam,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|