DESA Sabah terus komited jayakan aspirasi kerajaan negeri: Liew

DESA Sabah terus komited jayakan aspirasi kerajaan negeri: Liew

KOTA KINABALU: DESA Sabah komited dalam mempertahankan keunggulan prestasi kumpulan berkenaan bagi menyahut saranan kerajaan negeri selaras slogan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengerusinya, Tan Sri Liew Yun Fah percaya dengan dokongan daripada semua pihak, prestasi DESA Sabah akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Jelas beliau, ini terbukti dengan polisi kerajaan yang tidak mencampuri hal pentadbiran kumpulan itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan sedia ada.

“Kalau dulu-dulu, semua ditentukan oleh menteri-menteri tertentu ataupun Ketua Menteri, tetapi di DESA pada hari ini tidak ada langsung pun diganggu oleh kerajaan, malahan kita DESA sendiri mengambil keputusan siapa yang layak dilantik sebagai ahli lembaga.

“Itulah sebabnya, tidak ada gangguan daripada pihak politik dan kerajaan, maka hari ini desa telah memacu ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi.

“Kredit penuh kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menerapkan kepercayaan tersebut dan kami di pihak DESA berjanji, akan usaha bersungguh-sungguh membawa DESA ke satu mercu kegemilangan menuruti saranan YAB, Rumah Kita, Kita Jaga, Sabah Maju Jaya, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Majlis Aspresiasi DESA 2024 di SICC, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Sementara itu, Liew pada masa sama menjelaskan kesediaan pihaknya untuk mengadakan lebih banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama-sama syarikat usahasama DESA.

“Kita sedang menekankan usahasama dengan syarikat-syarikat berkaitan untuk menjayakan lebih banyak CSR di masa depan, kalau boleh setiap tahun untuk membantu mereka memerlukan, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|