Buaya dalam longkang ditangkap

Buaya dalam longkang ditangkap

KOTA KINABALU: Seekor buaya sepanjang lebih 2 meter berjaya ditangkap di sebuah longkang dalam kejadian di Teluk Likas, berhampiran Jalan Tun Fuad, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya bertindak menangkap buaya tersebut dengan menggunakan penjerut selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.21 pagi oleh orang awam.

Beliau berkata, buaya tersebut kemudiannya di bawa ke BBP Kota Kinabalu dan diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar bagi tindakan selanjutnya.

“Pasukan Bomba Kota Kinabalu bersama kekuatan lapan anggota sampai ke tempat kejadian pada jam 12.30 malam diketuai Komander Operasi Sulastri Hassan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ordine berkata, selepas memastikan semua berada dalam keadaan selamat, operasi tersebut ditamatkan pada jam 1 pagi tadi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|