KOTA KINABALU: Kenyataan mendakwa Ketua Penerangan PGRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang di label sebagai ‘budak suruhan’ seorang pemimpin di dalam GRS adalah keterlaluan dan biadap.
Presiden Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, tohmahan yang dilemparkan oleh salah seorang pemimpin UMNO Sabah itu baru-baru ini disifatkan dangkal, retorik dan hanya sekadar mengada-ngada selain lapar perhatian media semata-mata.
Jelasnya, apa yang didakwa oleh Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman terhadap ADUN Apas itu turut memperlihatkan betapa terdesaknya beliau mencari kesalahan GRS.
“Dalam video terbarunya, beliau (Datu Rosman) ada mengaitkan nama Datuk Nizam yang kononnya menjadi budak suruhan kepada Timbalan Presiden GRS, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berhubung isu parti nasional.
“Namun apa yang melucukan, dakwaan dan kenyataan dikeluarkan olehnya dilihat bersifat peribadi dan menuduh Datuk Nizam sebagai pengamal politik kebencian sedangkan beliau sebelumnya tidak berhenti-henti mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menghentam kerajaan GRS-PH Plus, “katanya.
Tambah Najib Tay, daripada berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan sengaja mengelirukan rakyat, adalah lebih baik UMNO Sabah menumpukan hal-hal kebajikan rakyat Sabah sebagaimana dilakukan oleh Kerajaan GRS-PH Plus.
“Jangan lupa Datu Rosman, kamu dulu pun sebahagian daripada kerajaan, apabila tidak ada apa-apa, perkara sekecil zarah pun satu dunia kamu mahu kecohkan.
“Jangan nanti satu masa, kamu pula yang akan dilondehkan, ” katanya lagi.
Deasoka