Bilik tidur terbakar, dua wanita sesak nafas

Bilik tidur terbakar, dua wanita sesak nafas

KOTA KINABALU: Dua wanita berdepan detik cemas selepas mereka mengalami sesak nafas akibat terhidu bau asap dalam kebakaran di Taman Kingsfisher, Likas, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 12.18 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, laporan awal mendapati ruangan bilik tidur di kediaman tersebut terbakar kira-kira 15 peratus dengan dua mangsa dikatakan berada di lokasi terbabit.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan Alat Pemadam Api sebelum Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat mengalami sesak nafas telah diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Likas menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Tindakan Pasukan Bomba kemudiannya memadam bara-bara api menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula sumber air dari tangki jentera, “katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 12.47 pagi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|