Banjir Penampang, Hajiji umum bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap KIR yang dipindah ke PPS

Banjir Penampang, Hajiji umum bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap KIR yang dipindah ke PPS

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Penampang, hari ini.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan diagihkan kepada setiap ketua isi rumah selain barangan-barangan keperluan yang lain.

“Kita bersedia untuk membantu mereka yang datang di pusat pemindahan sementara ini dengan bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga.

“Selain itu kita juga memikirkan untuk membantu mangsa-mangsa yang banyak kerosakan yang dialami terutama tempat masak mereka di rumah, kepada mereka sekarang tidak ada di sini (PPS), kita juga akan fikirkan memberikan bantuan kepada mereka,” katanya.

Hajiji berkata demikian selepas ditemui media ketika mengadakan lawatan ke PPS Penampang di Dewan Serbaguna Penampang, pada Isnin.

“Selain itu, kita juga memikirkan bagaimana untuk kita mengatasi masalah ini, mungkin parit-parit yang tersumbat kita minta pihak berkuasa tempatan, Jabatan Parit dan Saliran supaya bersihkan parit-parit yang ada di sekitar bukan sahaja di Penampang di Dongonggon ini tapi di daerah-daerah lain kerana kita sudah menghadapi musim hujan, jangan sudah hujan baru bersihkan parit, jadi bersihkan sekarang, supaya banjir kilat ini dapat kita atasi.

“Masalahnya kalau hujan terlalu lebat, maka itu di luar kekuasaan kita tetapi kita kena bersedia semua agensi termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun kerajaan negeri dan persekutuan akan membantu mangsa-mangsa banjir ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan itu.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|