300 lokasi guna VSAT STARLINK seluruh Sabah

300 lokasi guna VSAT STARLINK seluruh Sabah

TUARAN: Sebanyak 300 lokasi di seluruh Sabah telah dilengkapi dengan teknologi VSAT STARLINK bagi memperluaskan akses perkhidmatan kewangan di kawasan luar bandar di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha yang digerakkan oleh Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI) bersama Sabah Net Itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk mempercepatkan penggunaan perkhidmatan kewangan digital disamping memperkukuhkan tahap inklusiviti di negeri tersebut

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) terus komited dalam menyediakan infrastruktur digital di kawasan luar bandar di Sabah dalam usaha menyokong dan mempercepatkan penggunaan perkhidmatan kewangan digital disamping memperkukuhkan inklusiviti di Sabah, sebanyak 300 lokasi di seluruh Sabah telah dipasang dengan teknologi VSAT Starlink melalui Sabah Net agar akses kepada perkhidmatan kewangan di luar bandar boleh diperluaskan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di dalam program CASHLESS Tuaran di Tuaran pada Rabu.

Sementara itu, menyentuh mengenai program “CASHLESS Tuaran” inisiatif kerjasama Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) dan United Overseas Bank (UOB), Hajiji percaya program itu mampu meningkatkan tahap pengurusan kewangan, dan menyediakan peluang pembangunan perniagaan baharu serta memperbaiki pengurusan inventori dalam kalangan peniaga di luar bandar.

“Program ini juga akan meningkatkan pengurusan kewangan untuk peniaga,
menyediakan peluang pembangunan perniagaan baru, dan memperbaiki pengurusan inventori.

“Kerajaan Negeri sedang giat dalam hal itu demi kesejahteraan rakyatnya,
serta membawa pembangunan dan kemajuan khususnya berkaitan teknologi terkini kepada rakyat di bandar, luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Untuk rekod, selain bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan kesemua 398 Menara Telekomunikasi di seluruh Sabah siap melalui PELAN Jalinan Digital Negara (JENDELA), Kerajaan Sabah melalui Sabah Net Turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu masyarakat luar bandar di negeri itu mendapatkan akses perkhidmatan kewangan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|