17 orang dihanyutkan kepala air,enam dikhuatiri lemas

17 orang dihanyutkan kepala air,enam dikhuatiri lemas

LAHAD DATU: Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai dihanyutkan kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.28 malam.

“Pihak bomba bergegas ke lokasi dan dibantu dengan agensi lain polis,pertahanan awam dan Jabatan Perhutanan dimana seramai sembilan orang mangsa berjaya dibawa keluar iaitu enam lelaki dan tiga perempuan pada jam 12 tengah malam,” katanya.

Manakala dua orang lagi cedera dan dirawat oleh pasukan EMRS sebelum diserah kepada pihak polis untuk proses seterusnya.

Menurut Sumsoa operasi ditangguhkan jam 1.40 pagi berikutan cuaca kurang baik dan keadaan gelap, operasi mencari menyelamat akan diteruskan lagi 6.00 pagi ini.

Maklumat awal bomba sekumpulan seramai 17 orang telah melakukan aktiviti river treking sebelum terjadi banjir dan kepala air memerangkap mereka semua.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|