Wujud koridor hidupan liar, elak kecenderungan ganggu tanaman penduduk

Wujud koridor hidupan liar, elak kecenderungan ganggu tanaman penduduk

KALABAKAN: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah komited dalam melaksanakan pemuliharaan hidupan liar di negeri ini menerusi perancangan mapan.

Bagi Sabah Softwood Bhd (SSB), langkah mewujudkan seluas 1,067 hektar tanah di kawasan berkenaan sebagai koridor hidupan liar terutamanya kepada kawanan gajah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Daud Tompokong, usaha itu dimulakan dalam usaha pihaknya memudahkan pergerakan hidupan liar berkenaan dari hutan ke hutan lain, tanpa menjejaskan tanaman serta gangguan kepada penduduk setempat.

“Di Brumas ini kita juga mempunyai Wildlife Corridor yang menghubungkan antara dua hutan simpan yang terpisah iaitu hutan simpan Ulu Kalumpang dan juga hutan simpan Ulu Segama dimana ada lebih 1000 hektar yang kita gazetkan supaya hidupan liar ini dapat bergerak tanpa ada gangguan,” katanya.

Untuk rekod, koridor tersebut merupakan terluas di Sabah dan terletak di kawasan ladang perkayuan Softwood Brumas, Kalabakan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|