Warga emas penderma organ tertua di Sabah meninggal

Warga emas penderma organ tertua di Sabah meninggal

KOTA KINABALU: Warga emas yang merupakan penderma organ tertua di Sabah meninggal dunia akibat komplikasi jantung, baru-baru ini.

Selvaraju Shanmugam @ SS Raju, 83, mendermakan sepasang kornea (mata) untuk membantu dua orang pesakit di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna dalam kenyataan medianya hari ini, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak keluarga mendiang yang berhati besar melakukan pendermaan berkenaan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ingin memaklumkan penderma organ tertua di Sabah sebelum ini berusia 80 tahun 2 bulan pada tahun 2018, manakala penderma organ termuda berusia 1 tahun 4 bulan pada tahun 2008.

“Jumlah penderma organ kadaverik (setelah meninggal dunia) di Sabah setakat bulan Oktober 2023 adalah seramai 33 orang.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menyeru orang ramai untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera dan maklumkan hasrat murni tersebut kepada ahli keluarga terdekat,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|