Umno Labuan anjur program Ziarah Ramadhan, sasar bantu 500 orang asnaf – Mohd Rafi

Umno Labuan anjur program Ziarah Ramadhan, sasar bantu 500 orang asnaf – Mohd Rafi

Labuan: Sempena bulan Ramadhan ini, UMNO bahagian Labuan menganjurkan program Ziarah Ramadhan yang merupakan kolaborasi daripada kepimpinan bahagian, wanita pemuda puteri termasuk cawangan-cawangan.

Ketua Umno bahagian Labuan, Datuk Mohd Raffi Datuk Alli Hassan berkata, mereka menyasarkan untuk menyantuni lebih kurang 500 keluarga daripada golongan asnaf dengan penyampaian sumbangan berupa wang dan keperluan makanan.

Datuk Mohd Rafi bersama kepimpinan bahagian,Wanita pemuda puteri dan cawangan akan bergerak bersama menjayakan program ziarah Ramadahan UMNO Labuan tahun ini.

“Kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan, di mana sebelum ini ketika saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda dari 2008-1018, kita telah pun menganjurkan program seperti ini dan, kita akan teruskan pada tahun ini dan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pendekatan tahun ini lebih menarik kerana ia turut melibatkan tiga sayap utama Wanita Pemuda dan Puteri dan penglibatan cawangan-cawangan UMNO bahagian.

“Konsep ini memberikan gambaran, kita membudayakan semangat kerja berpasukan yang dituntut oleh kepimpinan parti.

“Agar jalinan kerja sama terus diperkukuhkan antara kepimpinan bahagian dan kepimpinan akar umbi yang boleh menyampaikan mesej UMNO itu bersatu dalam segala bentuk tindakan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Rafi berkata, pergerakan Puteri bersama Wanita UMNO Labuan turut menyampaikan bantuan 480 botol minuman kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labunan (KML) yang mengalami gangguan bekalan air di kolej kediaman mereka, baru-baru ini.

Katanya, bantuan tersebut diserahkan oleh Ketua Puteri Umno Labuan, Normaiti Jumat yang turut disertai oleh Ketua Wanita, Niswati Tarji kepada Oengarah KML, Mohd Mahyiddin Mohd Noordin.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Labuan di ketuai oleh Ketuanya, Saiffil Pungot bersama Skuad Khidmat Bakit Pemuda UMNO Labuan juga bertungkus lumus menghantar bantuan bekalan air ke rumah-rumah menggunakan beberapa buah lori.

Jelas beliau, ia bagi membantu para penduduk yang terjejas ekoran beberapa hari terputus bekalan air di pulau berkenaan, bagaiamanpun, dilaporkan bahawa keadaan bekalan air telah beransur pulih sejak semalam.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau turut meminta kerajaan agar bertindak segara bagi menyelesaikan isu bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sebagai pemimpin di pulau ini, mewakili kehendak rakyat, kami berharap kerajaan melihat secara serius isu bekalan air bersih ke Labuan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada penggantian paip-paip lama yang sering berlaku kebocoran selain menganti pam lama yang sering mengalami kerosakan yang menjadi penyebab bekalan air bersih di Labuan sering terjejas,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|