UMNO bukan kaki bodek – Sharif

UMNO bukan kaki bodek – Sharif

Lahad Datu: Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyeru kepada Tan Sri Noh Omar untuk menarik balik kenyataan yang dibuat beliau baru-baru ini.

Menurutnya, beliau yang juga mewakili kepimpinan baharu mendesak agar Noh Omar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh kepimpinan UMNO yang baharu.

“Harap Tan Seri Noh Omar tarik balik kenyataan beliau, sebagai Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu yang baharu dipilih oleh seluruh perwakilan UMNO Bahagian, saya mengutuk kenyataan beliau menuduh ‘UMNO Kini Hanya Tinggal Kaki Bodek’.

“Saya mewakili kepimpinan yang baharu mendesak menuntut Noh Omor memohon maaf secara terbuka kepada seluruh kepimpinan UMNO yang baharu atas keterlanjuran mengeluarkan kenyataan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Sharif turut menyeru kepada barisan kepimpinan baharu untuk membuat laporan polis sekiranya tiada permohonan maaf dibuat atas kenyataan tersebut.

“Saya menyeru semua kepimpinan yang baharu dari Naib Presiden, MKT, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Ketua-Ketua Perhubungan Negeri, Ketua-Ketua Bahagian agar membuat laporan polis jika Tan Seri Noh Omar tidak memohon maaf atas kenyataan beliau,” katanya.

Terdahulu, Noh yang juga Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mendakwa UMNO kini hanya ditunjangi oleh kaki bodek dalam parti itu yang tewas dalam pemilihan parti.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|