Tular gambar kononnya suspek bunuh, polis gesa masyarakat henti sebar maklumat palsu

Tular gambar kononnya suspek bunuh, polis gesa masyarakat henti sebar maklumat palsu

SEMPORNA: Polis menggesa supaya orang ramai tidak menyebarkan kepingan gambar dan pesanan suara yang tular di laman sosial dengan dakwaan ianya melibatkan suspek kes bunuh di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya mendapati penularan gambar individu dan pesanan suara berkenaan difahamkan telah berleluasa di media sosial termasuklah aplikasi-aplikasi telefon pintar sejak beberapa hari lalu.

Jelasnya, sehubungan dengan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat berkenaan dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan orang awam.

“IPD Semporna telah terkesan dengan penularan dua keping gambar yang dikatakan terlibat dalam kes bunuh di daerah ini berserta tiga pesanan suara berdurasi 0.07 saat, 0.23 saat dan 0.36 saat di media sosial.

“Perbuatan menyebar dan menyiar sebarang maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kegusaran dan kekeliruan orang awam, ” katanya.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|