SSF labuh tirai, bakal warnai generasi kreatif Sabah

SSF labuh tirai, bakal warnai generasi kreatif Sabah

KOTA KINABALU: Sabah Screen Fest (SSF) 2023 telah melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Merupakan platform festival filem diperingkat negeri yang berprestij, SSF untuk meraikan para penggiat industri kreatif dan inovatif tempatan melibatkan pelajar sekolah, orang awam bukan sahaja di Sabah tetapi juga terbuka kepada penyertaan dari Sarawak dan Semenanjung.

Objektif SSF adalah merapatkan jurang antara teknologi dan seni, melahirkan generasi kreatif dan celik teknologi maklumat selaras dengan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

SSF adalah antara inisiatif kerajaan untuk memberikan peluang dan ruang kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif dan inovatif tempatan mempamerkan serta ekspresi diri menghasilkan karya yang bermutu.

Penyertaan Sabah Screen Fest pada tahun ini melibatkan sebanyak 188 permohonan iaitu 86 bagi kategori terbuka, 102 bagi kategori sekolah rendah dan menengah yang bertemakan ‘Digital Madani’.

Tema ‘Digital Madani’ dipilih bagi memupuk masyarakat digital yang bermanfaat dan bertanggungjawab berasaskan kepada enam (6) teras iaitu (M)kemampanan, (A)kesejahteraan, (D)daya cipta, (A) hormat, (N)keyakinan dan (I)Ihsan.

Majlis perasmian penutupan SSF23 yang dirasmikan oleh Datuk Harun Durabi, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|