Tiga sekeluarga terperangkap banjir, diselamatkan

Tiga sekeluarga terperangkap banjir, diselamatkan

Sook: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang menghidap sakit asma di Kampung Sungai Terelabau Baru, di sini, diselamatkan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa dilaporkan terpaksa mendapatkan bantuan selepas terperangkap banjir apabila rumah mereka mula dinaiki air.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10.37 malam.

Pasukan bomba menyelamatkan tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, yang terperangkap banjir di Sook.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, terus dikerah ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

“Bilik kawalan menerima panggilan kecemasan daripada keluarga mangsa sakit yang terperangkap banjir di Kampung Sungai Terelabau Baru, Sook.

“Operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan pasukan bomba menggunakan lori,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan terus dihantar ke Klinik Kesihatan Sook, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.04 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|