Banjir: Mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,211 orang pagi ini

Banjir: Mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,211 orang pagi ini

Kota Kinabalu: Mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan trend pemulihan dengan hanya 1,211 mangsa daripada 471 Ketua Isi Rumah (KIR), setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, ia merupakan penurunan berbanding 1,496 mangsa daripada 607 KIR yang direkodkan petang semalam.

Keadaan semasa di PPS Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu, di sini, yang masih beroperasi.

“Semua mangsa yang terjejas akibat banjir ini masih ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di tiga daerah.

“Antaranya ialah Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan, dan Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu, di Lahad Datu.

“Manakala, dua PPS yang masih dibuka di Pitas ialah Dewan Kampung Kusilad dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, antara negeri yang masih terkesan ialah Pitas (1,152 mangsa), Lahad Datu (46 mangsa) dan Paitan (13 mangsa).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|