PPM tahan 2 lelaki cuba seludup minyak masak bersubsidi

PPM tahan 2 lelaki cuba seludup minyak masak bersubsidi

Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan mematahkan cubaan dua lelaki dipercayai cuba menyeludup keluar 510 bungkus minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran, semalam.

Rampasan itu menerusi Op Gelora Khas yang di kawasan perairan Sungai Sibugal Besar, di sini, jam 4.50 petang.

Dua lelaki ditahan bersama perahu yang sarat dengan muatan minyak masak bersubsidi di Sandakan

Ketika kejadian, sepasukan anggota PPM Sandakan yang menjalankan operasi menahan sebuah perahu kayu yang mencurigakan dinaiki dua lelaki.

Hasil pemeriksaan ke atas perahu itu menemui sejumlah minyak masak di dalam ruangan perahu berkenaan disyaki cuba diselewengkan bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran.

Perahu jenis kayu digunakan suspek untuk menyeludup keluar minyak masak bersubsidi ke negara jiran

Nilai rampasan perahu, enjin dan minyak masak bersubsidi berjumlah RM22,040.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan dan rampasan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|