Ahmad Zahid tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan singkat ke Sabah

Ahmad Zahid tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan singkat ke Sabah

Kota Kinabalu: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kota Kinabalu malam tadi bagi lawatan singkat ke Sabah.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan pesawat khas pada kira-kira jam 9.30 malam.

Ahmad Zahid mengaminkan doa sejurus tiba di KKIA bagi lawatan kerja singkat ke Sabah.

Ketibaan beliau disambut Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama kepimpinan UMNO Sabah dan Ketua-Ketua UMNO bahagian.

Dalam lawatan singkatnya hari ini, Ahmad Zahid dijadualkan melakukan lawatan ke daerah Pitas bagi melawat mangsa banjir di Pengkalan Si Atoi, Kampung Kelumpang, Pitas.

Beliau seterusnya dijadual menyantuni dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Belia dan Sukan daerah Pitas sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu.

Pada sebelah petangnya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dijadual mengadakan mesyuarat khas bersama UMNO Sabah di Bangunan UMNO negeri, 犀利士 di sini.

Mesyuarat itu akan turut dihadiri Bung Moktar; timbalannya, Datuk Yakub Khan serta kepimpinan UMNO Sabah, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|