Tiga lagi penjawat awam ditahan SPRM kerana terima rasuah

Tiga lagi penjawat awam ditahan SPRM kerana terima rasuah

Labuan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga penjawat awam kerana disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah, hari ini.

Ketiga-ketiga suspek berusia antara 50 hingga 60 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, ketika hadir memberi keterangan, jam 12 tengah hari.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas di sebuah jabatan awam di Kota Kinabalu dan Lahad Datu

“Ketiga-tiga suspek terbabit disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 sehingga RM5,000 daripada syarikat-syarikat operator pelancongan antara tahun 2017 hingga 2019 bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah.

“Ini untuk penambahan penumpang melebihi 12 orang tanpa mengikut prosedur permohonan penambahan penumpang yang sebenar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Labuan esok bagi tujuan permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|