Tiada pergerakan keluar masuk di Istana Seri Kinabalu pagi ini

Tiada pergerakan keluar masuk di Istana Seri Kinabalu pagi ini

Kota Kinabalu: Istana Seri Kinabalu terus menjadi tumpuan susulan kemelut pergolakan yang berlaku di negeri ini.

Tinjauan Deasoka di luar pintu masuk menuju ke istana negeri mendapati keadaan masih tenang dan tiada pergerakan keluar masuk setakat pagi ini.

Bagaimanapun, para pengamal media sudah mula berkumpul di luar perkarangan istana seawal jam 8.30 pagi tadi bagi mengikuti rapat sebarang perkembangan politik baharu.

Semalam, rombongan kenderaan membawa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat memasuki gerbang istana negeri pada sekitar jam 4.20 petang.

Beliau kemudian dilihat beredar pada jam 5.13 petang, selepas kira-kira sejam menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sehubungan itu, pengamal media cuba untuk mendapatkan ulasan daripadanya, bagaimanapun, beliau hanya sempat menurunkan tingkap kereta dan melambai ke arah media.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|