Istana sediakan khemah untuk media

Istana sediakan khemah untuk media

Kota Kinabalu: Prihatin terhadap kesukaran pengamal media yang bertugas dalam keadaan hujan dan panas di luar pintu masuk Istana Seri Kinabalu, di sini pihak istana memasang dua khemah di kawasan berkenaan.

Ia atas rasa prihatin terhadap nasib puluhan media tempatan yang ‘berkampung’ di pintu masuk utama istana sejak dua hari lalu susulan kemelut politik yang melanda Sabah, ketika ini.

Pengamal media yang membuat liputan di luar pintu masuk Istana Seri Kinabalu.

Khemah yang dilengkapi dengan kipas itu dipasang kira-kira 8.30 malam tadi.

Turut disediakan kerusi kepada pengamal media.

Semalam, pengamal media sudah mula berkumpul di luar pintu utama istana sejak pagi.

Malah beberapa pengamal media terpaksa bermandikan hujan ketika membuat liputan di pintu masuk Istana Seri Kinabalu.

Melihat keadaan petugas media berkenaan, Setiausaha Perhubungan Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir turut menyampaikan makanan dan minuman kepada pengamal media di luar pintu masuk Istana Seri Kinabalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|