Terjun laut elak polis, lelaki warga Filipina ditemui lemas

Terjun laut elak polis, lelaki warga Filipina ditemui lemas

Sandakan: Lelaki warga Filipina yang dilaporkan terjun ke laut di Kampung Pukat Pasir Putih, di sini, kelmarin ditemui lemas malam tadi.

Mangsa berusia 18 tahun itu ditemui oleh rakan sekerjanya tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pada 8.48 malam, pihaknya dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp bahawa mangsa ditemui terapung.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.48 malam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pasukan penyelamat selepas seorang lelaki warga asing dikhuatiri lemas apabila terjun ke laut dipercayai melarikan diri daripada polis selepas bergaduh dengan rakannya.

Operasi SAR dijalankan JBPM, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|