Suspek kes cabul kanak-kanak empat tahun diburu

Suspek kes cabul kanak-kanak empat tahun diburu

Beluran: Seorang lelaki warganegara asing dikenalpasti disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan empat tahun di Telupid, di sini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supritenden Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang merupakan ibu kepada mangsa, pengadu mengatakan bahawa mangsa memberitahu suspek cuba untuk memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.

“Kanak-kanak itu dibawa ke hospital Duchess Of Kent semalam untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak pakar.

“Polis sudah mengambil keterangan ibu mangsa yang mengesahkan pada hari kejadian semasa pengadu menyedari anaknya tiada, pengadu telah mencari dan ternampak suspek dan anaknya pergi ke kawasan belakang kedai.

“Apabila pengadu bergegas ke lokasi tersebut telah melihat suspek sedang mengangkat mangsa. Menyedari kehadiran pengadu, suspek segera menutup zip seluar dan beredar dari lokasi tersebut.

“Lelaki berusia 40 tahun itu yang juga merupakan jiran yang tinggal berdekatan,” katanya.

Kasim berkata, siasatan awal mendapati suspek seringkali dilihat bermain dengan mangsa. Mangsa juga dikatakan mengadu sakit pada bahagian kemaluan ketika membuang air kecil.

“Usaha mengesan suspek masih giat diteruskan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|