Sang Bedal besar ditangkap bawah rumah

Sang Bedal besar ditangkap bawah rumah

LAHAD DATU: Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter berjaya ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu dengan bantuan pihak Jabatan Hidupan Liar, semalam.

Reptilia seberat 1.5 tan berkenaan berjaya ditemukan dan ditangkap di perkarangan bawah rumah atas air di Kampung Desa Bajau,dekat sini sekitar jam 8.50 malam.

Buaya yang ditangkap dalam kejadian Kampung Desa Bajau, Lahad Datu. (Gambar kredit APM Lahad Datu)

Buaya besar berkenaan difahamkan ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak keselamatan pada jam 4.30 petang sebelum APM dan JHL Lahad Datu bergegas ke lokasi untuk operasi tangkapan.

‘Sang Bedal’ terbabit telah dibawa pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|